Kadar Bayaran Dan Garis Panduan Pemberian Sumbangan Manfaat keahlian:
1) Perkahwinan
a) Kadar RM100.00 atau barangan senilai
b) Permohonan hanya sekali bagi setiap ahli
c) Kemukakan kad jemputan kahwin/perakuan nikah/daftar kahwin
2) Masuk Wad
a) Kadar RM100.00 atau barangan senilai
b) Diwadkan kerana sakit sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut
c) Tuntutan sekali dalam setahun
d) Kemukakan salinan nota discaj (discharge note)
3) Persaraan Wajib/Pilihan
a) Kadar RM300.00 atau barangan senilai
b) Hanya layak untuk ahli yang telah membayar yuran sekurang-kurangnya 24 bulan
4) Ahli Meninggal Dunia
a) Kadar RM300.00
b) Disokong dengan dokumen Perakuan Kematian
5) Kematian Keluarga Terdekat
a) Kadar RM100.00
b) Disokong dengan dokumen Perakuan Kematian
c) Tuntutan boleh dibuat oleh ahli berikutan kematian waris terdekat seperti
berikut:-
i) Ibubapa kandung/ tiri
ii) Suami / isteri
iii) Anak kandung/anak angkat yang disahkan undang-undang
6)Bencana Alam
a) Kadar RM200.00.
b) Layak kepada ahli yang terbencana dan mengalami kerugian harta benda akibat
kebakaran, ribut taufan atau banjir yang berlaku di tempat kediaman ahli
c) Bukti mengenai bencana seperti keratan akhbar, laporan polis atau lain-lain
dokumen sokongan
7)Anak-anak Ahli Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan
a) SPM dan yang setara dengannya (5A dan ke atas) dengan kadar RM150
b) STAM dan yang setara dengannya (Jayyid, Jiddan & Mumtaz) dengan kadar RM150
8) Ahli Yang Menyambung Pelajaran Dan Taman Pengajian
a) Ahi-ahli yang menyambung dan tamat pengajian mengikut tahap seperti berikut:-
i) Diploma RM200
ii) Ijazah Sarjana Muda RM250
iii) Ijazah Sarjana RM300
iv) Ijazah Kedoktoran RM500
b) Hanya layak untuk ahli yang telah membayar yuran sekurang-kurangnya 24 bulan
c) Salinan Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD dari IPTA/IPTS
9) Ahli Berkursus/Seminar/Tugas Rasmi Di Luar Negara
9) Kelahiran / Pengangkatan Anak
a) Kadar RM100.00
b) Tertakluk kepada 5 kelahiran/ pengangkatan
NOTA :
- Kadar ini merupakan kadar baharu bermula 1 Januari 2022
- Keputusan adalah muktamad dan sekiranya terdapat perkara berbangkit ia tertakluk kepada keputusan barisan
Jawatankuasa Persatuan Pegawai PERKESO. - Tuntutan perlu dibuat segera / selewat-lewatnya dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kejadian.
- Tuntutan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Tuntutan Sumbangan Persatuan Pegawai PERKESO yang telah disediakan di Tab Tuntutan Manfaat Ahli https://mypersis.org/tuntutan-manfaat-ahli/