Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Sejarah Penubuhan

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial, Malaysia merupakan persatuan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, Peratuan-peraturan Pertubuhan 1984, PPM-001-14-12101992 pada 10 haribulan Disember 1992.

Persatuan ini bernaung di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang telah ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Oktober 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah Badan Berkanun mulai 1 Julai 1985. 

Pada 1 Januari 1992, PERKESO telah diasingkan daripada Sistem Saraan Baru Kerajaan dan Sistem Saraan Baru telah diperkenalkan. PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.

Objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada pekerja itu. Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional juga disediakan di samping mengambil langkah mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan pekerjaan.

Sehingga hari ini, PERKESO telah mengorak langkah jauh kehadapan dengan mengembangkan fungsi dan perkhidmatan kepada beberapa skop perlindungan yang baru termasuk perlindungan kepada golongan pekerja sendiri, suri rumah, pekerja asing dan pekerja domestik.

Badan persatuan ini akan menjadi medium utama untuk anggota PERKESO menyusun dan merangka strategi terbaik bagi pekembangan potensi anggota yang sejajar dengan visi dan misi pertubuhan ini.