Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Tafsiran Dan Kelebihan Keahlian

Tafsiran

Dalam Undang-Undang ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:

Ahli Biasa” ertinya keahlian biasa daripada Pegawai-Pegawai Kumpulan A dan
B dalam perkhidmatan PERKESO.

Ahli Bersekutu” ertinya keahlian bersekutu daripada Pegawai-Pegawai yang
bertugas secara sangkut, kontrak, dipinjamkan atau yang telah bersara dari
perkhidmatan PERKESO.

Pegawai” ertinya semua Pegawai PERKESO di dalam Kumpulan A dan B.

PERKESO” ialah Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Persatuan ini hendaklah terdiri dari:
a) Ahli-Ahli Biasa dan
b) Ahli-Ahli Bersekutu

Ahli-ahli Biasa mempunyai keistimewaan-keistimewaan berikut:

  1. Berhak mengundi dan layak dipertimbangkan untuk berkhidmat di dalam Jawatankuasa Persatuan;
  2. Mendapat akses kepada rekod, surat-menyurat atau akaun-akaun kewangan Persatuan, dengan syarat notis tujuh (7) hari telah diberi kepada Setiausaha Kehormat; dan
  3. Layak menyertai apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan

Ahli-Ahli Bersekutu berhak menikmati kemudahan-kemudahan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan.

Walau bagaimanapun, mereka tidak berhak untuk mengundi di dalam sebarang Mesyuarat Agung atau memegang sebarang jawatan dalam Jawatankuasa Pengurusan.

  1. Terdapat pelbagai kelebihan lain menjadi ahli seperti:
  2. Keterlibatan di dalam komuniti dan peluang jaringan kerjasama
  3. Akses secara terus maklumat persatuan
  4. Peningkatan tahap pendidikan dan persijilan profesional
  5. Peluang keterlibatan dengan bengkel atau seminar di dalam dan luar negara
  6. Program kesukarelawanan