Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Syarat dan Yuran Keahlian

Syarat Kemasukan Menjadi Ahli

1) Sesuatu permohonan menjadi Ahli hendaklah dicadangkan oleh seorang Ahli dan disokong oleh seorang Ahli yang lain dan dimajukan kepada Setiausaha Kehormat Persatuan untuk kelulusan Jawatankuasa Pengurusan. Jawatankuasa Pengurusan boleh jika difikirkan perlu, menolak sebarang permohonan tanpa memberikan sebarang penjelasan.

2) Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan akan didaftarkan di dalam Daftar Keahlian sama ada sebagai Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu dan atas permintaannya satu Salinan Undang-Undang akan diberi kepada Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu tersebut

Yuran Keahlian

Bayaran masuk, yuran dan lain-lain bayaran:
1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

i) Bayaran Masuk = RM20.00
ii) Yuran Bulanan:

  1. Yuran Ahli Biasa Gred 24 dan ke bawah RM5.00
  2. Yuran Ahli Biasa Gred 25 dan ke atas RM10.00
  3. Yuran Ahli Bersekutu RM5.00

2) Mana-mana Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu yang tidak membayar yuran bulanannya selama lebih dari tiga bulan setelah diberitahu secara bertulis
oleh Bendahari Kehormat akan dianggap telah menarik balik keahliannya dalam Persatuan sekiranya tunggakan tersebut tidak dijelaskan dalam
tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan tersebut.

iii) Mana-mana Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu yang dalam Cuti Tanpa Gaji rasmi atau dalam Cuti Belajar Tanpa Gaji akan dikecualikan daripada
membayar yuran tetapi akan kekal sebagai Ahli dan pembayaran yuran ini akan bermula sekembali ahli untuk bertugas semula. Ahli Biasa tidak
berhak untuk mengundi bagi tempoh-tempoh yang dinyatakan itu.

iv) Mana-mana Ahli Biasa atau Ahli Bersekutu yang gagal menjelaskan yuran boleh memohon untuk menjadi Ahli semula dan jika penjelasan
munasabah diberi, beliau boleh, tertakluk kepada budi bicara Jawatankuasa Pengurusan, diterima semula setelah semua tunggakan
dijelaskan.

Nota:

Pendaftaran keahlian boleh dibuat menerusi Tab Daftar di pautan https://mypersis.org/daftar-keahlian/