Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Majlis “Bertaut Kasih, Berpisah Tiada” Sempena Persaraaan Hajah Mariam binti Haji Hassan

Majlis “Bertaut Kasih, Berpisah Tiada” Sempena Persaraaan Hajah Mariam binti Haji Hassan

3 Mei 2025 – Sandakan
Tuan Presiden dan beberapa wakil ahli jawatankuasa PERSIS hadir ke Majlis Bertaut Kasih, Berpisah Tiada, sempena persaraaan seorang figura yang bukan asing lagi buat warga PERKESO iaitu Hajah Mariam binti Haji Hassan yang menamatkan detik perjuangan Prihatin untuk sepanjang perkhidmatannya di PERKESO Sandakan.
Tema majlis ini juga amat bertepatan sekali dengan apa yang ditinggalkan beliau di dalam organisasi ini. Kepribadian dan sifat S4P nya yang menebal akan menjadi panduan untuk diwarisi oleh semua kakitangan PERKESO yang ada.
Kami di PERKESO amat berbangga dengan segala pencapaian dan kejayaan yang diperolehi beliau sepanjang perkhidmatan dan sudah pastinya persaraan ini bukan penamat buat beliau untuk terus menabur jasa melalui nilai prihatin yang telah terpahat di dalam sanubari.
Semoga beliau terus diberi kesihatan yang baik dan dipermudah dalam setiap apa jua yang dilaksana selepas ini.
Bunga melati harum di taman,
Disiram embun di pagi hari.
Walau kini berpisah dalam jawatan,
Kenangan manis tetap di hati.
Bulan purnama sinarnya redup,
Malam hening terasa sepi.
Bercerita disini pastinya tak cukup,
Esok lusalah kita berjumpa lagi.