UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
Encik Mohanadas A/L Veraya
Encik Mohanadas A/L Veraya
PERSIS dengan rasa terharu, meraikan persaraan Pengarah PERKESO Negeri Perak, Encik Mohanadas dalam suasana yang cukup gilang-gemilang!
Tajuk majlis? “Shukriya Dil Se” – which means Terima Kasih Dari Hati. Betul-betul terjemahan rasa kami semua!
Tarikh Keramat: 1 November 2025
Lokasi Hot: Galasa Caldwell, Ipoh
Tema Vibrant: Bollywood Night 
Majlis dihadiri lebih 180 tetamu penting! Bukan sahaja warga PERKESO, tapi juga ahli keluarga tersayang, kawan rapat, dan tetamu kehormat turut memeriahkan suasana.
Antara tetamu penting yang hadir support:
En. Razmi bin Khalid, Ketua Pegawai Sumber Manusia
En. Abdullah Kamal bin Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan merangkap Presiden PERSIS
Dan ramai lagi Ketua Bahagian serta Mantan Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi), En. John Riba anak Marin!
Dari tarian Bhangra yang bergegar hingga persembahan eksklusif dari team PERKESO Klang & PERKESO Perak, malam itu penuh dengan tawa dan sorakan. Suasana kehangatan Deepavali yang masih terasa menjadikan malam persaraan ini sungguh istimewa dan penuh kenangan.
Terima kasih atas setiap jasa, bimbingan, dan inspirasi yang telah dicurahkan, Encik Mohanadas. Persaraan anda adalah permulaan babak baru yang bahagia!
Shukriya… Dil Se! 
#selamatbersara #TerimaKasihEncikMohanadas #WargaPERKESO
#persatuanpegawaiperkeso





