Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Majlis Persaraan Encik Mohd Hairulnizam Bin Abu Bakar

UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
Encik Mohd Hairulnizam Bin Abu Bakar
Majlis Persaraan En. Mohd Hairulnizam Bin Abu Bakar (VSS)
5 Disember 2025 | Poolside Bistro, Hotel Ideas Kuala Lumpur
Tema: Rock & Roll
Majlis persaraan En. Mohd Hairulnizam Bin Abu Bakar telah diadakan dalam suasana penuh harmoni dan kemeriahan dengan sentuhan tema Rock & Roll yang memberikan kelainan serta memori yang tersendiri. Para jemputan terdiri daripada rakan-rakan sekerja, sahabat handai serta warga Bahagian Strategi & Transformasi yang hadir bagi meraikan perjalanan kerjaya beliau selama berada di PERKESO.
Latar Belakang
Dilahirkan pada 9 November 1985, En. Hairulnizam merupakan anak jati Kuala Lumpur. Beliau mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2012 bersama pasangan tercinta, Pn. Mazniyatun Mohd Arabie, dan dikurniakan dua cahaya mata yang menjadi pelengkap kehidupan – seorang puteri dan seorang putera.
Sejak menyertai PERKESO pada tahun 2010, beliau telah memberikan sumbangan besar melalui peranan di Cawangan & Bahagian ICT serta Bahagian Strategi & Transformasi. Sepanjang tempoh tersebut, beliau dikenali sebagai seorang pegawai yang berdedikasi, berdisiplin, sentiasa proaktif, dan tidak gentar menghadapi cabaran.
Komitmen beliau turut diiktiraf melalui Anugerah Khidmat Cemerlang, di samping penglibatan dalam pelbagai program utama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga aktif dalam sukan dan aktiviti luar, menjadikan personalitinya seimbang antara kerjaya dan gaya hidup sihat.
Majlis pada malam itu bukan sekadar simbolik persaraan, tetapi penghargaan tulus atas segala jasa, tenaga dan idea yang pernah beliau curahkan. Kehadiran ramai rakan seperjuangan menjadi bukti bahawa beliau dihormati serta disayangi oleh warga kerja PERKESO.
“You came, you rocked, you conquered!
Terima kasih atas semangat, komitmen dan inspirasi.
Teruskan melangkah dengan semangat Rock & Roll dalam perjalanan baharu anda!”
Seluruh warga Persatuan Pegawai PERKESO mendoakan agar beliau terus maju, diberkati dan berjaya dalam apa jua langkah seterusnya.

#selamatbersara #TerimaKasihEncikMohdHairulnizam #WargaPERKESO

#persatuanpegawaiperkeso