Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Majlis Persaraan Puan Jamiyaton Mukeri

Libaturus ahli jawatankuasa persatuan bagi Majlis Persaraan Puan Jamiyaton Mukeri pada 24 Januari 2024 bertempat di Dewan Pancadelima, Pejabat PERKESO Negeri Selangor.

Turut hadir bersama bagi meraikan majlis adalah Encik John Riba Anak Marin, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi), Encik Ismail bin Abi Hashim, Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Selangor, Encik Abdullah Kamal bin Ahmad, Presiden Persatuan Pegawai PERKESO, wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai PERKESO dan rakan-rakan seperjuangan daripada keluarga besar PERKESO.

Di kesempatan ini, pihak barisan ahli jawatankuasa persatuan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan oleh Puan Jamiyaton Mukeri di sepanjang perkhidmatan beliau di organisasi ini.

Semoga Puan Jamiyaton Mukeri terus diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan di dalam setiap urusan yang mendatang.