Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Majlis Persaraan Tuan Joseph Immanuel

UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
Tuan Joseph Immanuel
Majlis Persaraan Tuan Joseph Immanuel
26 September 2026 | Hotel Borneo Royale, Tawau

🌟 35 TAHUN MENABUR BAKTI, JASA TERUS DIKENANG 🌟

“Setiap perjalanan pasti ada penghujungnya, namun setiap jasa dan bakti yang dicurahkan akan terus terpahat dalam ingatan.”

Pada 26 September 2026, telah berlangsung Majlis Persaraan Tuan Joseph Immanuel bertempat di Hotel Borneo Royale, Tawau, sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas 35 tahun perkhidmatan, dedikasi dan komitmen beliau dalam mencurahkan khidmat bakti kepada PERKESO.

Majlis penuh bermakna ini turut dihadiri oleh Pengarah PERKESO Negeri Sabah, Dr. Mohd Ali Hindia, Tuan Abdullah Kamal bin Ahmad, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Tuan Kamarullail bin Omardin, Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Sembilan, Tuan Hairiri bin Harun, Ketua Bahagian Pekerja Asing, Puan Nadzirah binti Mokhtar, Pegawai Eksekutif Perolehan, pengurus-pengurus Pejabat PERKESO Negeri Sabah, pegawai-pegawai kanan, anggota serta keluarga PERKESO Tawau.

Berlangsung dalam suasana yang meriah, mesra dan penuh kenangan, pelbagai pengisian telah diadakan bagi meraikan insan yang telah mengabdikan 35 tahun perjalanan kerjayanya bersama PERKESO. Antaranya termasuk ucapan khas daripada YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed ,Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, ucapan penghargaan, persembahan khas saksofon, nyanyian oleh anggota PERKESO Tawau, penyampaian cenderamata, cabutan bertuah, sesi bergambar, pemotongan kek serta jamuan makan.

Setiap detik yang dikongsi pada hari tersebut menjadi simbol penghargaan atas segala usaha, pengorbanan, pengalaman dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Tuan Joseph Immanuel sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Majlis ini bukan sekadar meraikan sebuah persaraan, tetapi turut menjadi ruang untuk warga PERKESO mengenang perjalanan panjang seorang rakan seperjuangan, mengeratkan silaturahim serta mengabadikan kenangan indah yang akan terus dikenang.

35 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Ia adalah sebuah perjalanan yang dipenuhi pengalaman, cabaran, pengorbanan dan dedikasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Joseph Immanuel atas segala jasa, dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada PERKESO sepanjang 35 tahun perkhidmatan.

Semoga segala jasa dan sumbangan beliau terus dikenang serta menjadi sebahagian daripada sejarah dan kenangan manis warga PERKESO.

Selamat melangkah ke fasa kehidupan yang baharu. Semoga hari-hari mendatang dipenuhi kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara, Tuan Joseph Immanuel. 🌹

Jasamu dikenang.
Baktimu dihargai.
Kenangan bersamamu kekal di hati.

Daripada seluruh warga Persatuan Pegawai PERKESO ❤️

#SelamatBersara #Tuan Joseph Immanuel #PersatuanPegawaiPERKESO #PERKESO #JasamuDikenang #BaktimuDisanjung