Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” Sempena Persaraaan Encik Nor Azman bin Osman

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” Sempena Persaraaan Encik Nor Azman bin Osman

18 Mei 2025 – Temerloh
Bertempat di Sri Kandi Cintaku Garden Hall, Mentakab, seisi jemputan telah menyaksikan sebuah perjalanan seorang pegawai PERKESO yang bermula pada tahun 1988 dalam Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih.
Sedih, pilu, suka dan duka setiap memori dan perjuangan beliau di dalam organisasi keramat ini semuanya dikongsi bersama teman-teman yang hadir. Al-Fatihah (dibaca dan didoakan) buat semua sahabat-sahabat yang dahulu telah pergi menghadap Maha Pencipta.
Sudah pastinya PERKESO akan merasai kehilangan seorang anggota yang berdedikasi dan terkenal dengan sifat prihatinnya dalam membantu Orang Berinsurans khususnya dalam penyampaian perkhidmatan berkaitan faedah pemulihan.
Majlis yang sama turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang hadir dari pelusuk Negara khususnya dari Group KL Otai dan anak buah dari PPN Selangor.
Semoga Encik Nor Azman Osman sentiasa diberi kebahagian di samping keluarga tercinta dan kekal menyemai bakti buat semua yang memerlukan.
Pulau permai jauh di seberang,
Perahu lama tetap berjasa.
Pengalaman tuan jadi tunjang,
Warisan ilmu tiada bandingnya.
Mentari senja redup perlahan,
Mengiring langkah penuh kenangan.
Biar jauh dari pandangan,
Doa dan ingatan tetap bersamaan.