UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA PERSARAAN TUAN JAMALLUDDIN BIN MOHAMMAD
Majlis Semarak Kasih Semurni Budi
9 Ogos 2025 | Dewan Inderaputera, Pulai Spring Resorts, Johor Bahru
Tema: Melayu Klasik
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Jamalluddin Bin Mohammad, Timbalan Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Johor, yang akan bersara wajib pada 13 Ogos 2025 setelah hampir 36 tahun mencurahkan khidmat bakti yang tidak ternilai kepada PERKESO.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Tuan Jamalluddin dikenali sebagai seorang pegawai yang amat berdedikasi, berintegriti tinggi dan sentiasa komited dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Kecekapan dan ketekunan beliau telah diiktiraf melalui dua Anugerah Khidmat Cemerlang, serta peluang mewakili negara dalam kursus di peringkat antarabangsa, termasuk di Moscow, Russia dan Jeddah, Arab Saudi.
Sumbangan beliau dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial negara amat dihargai dan akan terus dikenang sebagai inspirasi buat warga PERKESO yang lain.
Kami mendoakan agar Tuan Jamalluddin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa dan kelapangan rezeki dalam fasa kehidupan yang seterusnya. Semoga segala jasa dan bakti beliau menjadi amal jariah yang berpanjangan.
Pantun Penutup:
Pergi ke pasar membeli belacan,
Singgah sebentar di Tanjung Puteri.
Jasa tuan sepanjang zaman,
Kekal harum di sanubari.
Gunung Ledang tinggi menjulang,
Sungai Johor mengalir tenang.
Budi tuan tetap dikenang,
Dalam ingatan sepanjang zaman.
#selamatbersara #TerimaKasihEncikJem #WargaPERKESO
#persatuanpegawaiperkeso