UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA PERSARAAN
Leftenan Kolonel Azahar bin Abdul Razak
1 Ogos 2025 | The Urban, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tema: Retro-Disco Fever
Siapa yang tidak kenal dengan susuk tubuh yang mesra dengan panggilan Mejar ini. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di organisasi tercinta ini, Lt. Kol. Azahar telah menjadi antara figura penting yang banyak menyumbang tenaga, idea dan kepimpinan yang berkesan dalam memperkukuh budaya kerja cemerlang.
Beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang peramah dan mudah dalam berurusan, malah sentiasa menjadi contoh teladan kepada warga kerja, khususnya kepada pelapis baharu. Sikap beliau yang prihatin, tegas namun berhemah dalam melaksanakan setiap tugasan menjadikan beliau seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.
Majlis ini bukan sekadar meraikan persaraan, tetapi juga sebagai tanda penghargaan atas segala bakti dan jasa yang telah beliau curahkan. Keperibadian beliau yang sentiasa positif dan membina telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati rakan-rakan seperjuangan.
✦ Doa & Harapan
Kami mendoakan agar Lt. Kol. Azahar terus menjalani kehidupan persaraan dalam suasana yang ceria, damai dan penuh kebahagiaan di samping keluarga tercinta. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati dan kelapangan rezeki dalam setiap langkah kehidupan yang mendatang.
✦ Pantun Perjuangan:
Gagah berjuang di medan bakti,
Menjunjung amanah tanpa gentar.
Jasa tuan kekal abadi,
Dalam lipatan sejarah yang gemilang bersinar.
Langkah diatur penuh berani,
Demi pelanggan, demi negara.
Budi tuan harum mewangi,
Menjadi warisan PERKESO selamanya.
#selamatbersara #TerimaKasihLt.Kol.Azahar #TerimaKasihEnIr.MohdNoor #WargaPERKESO
#persatuanpegawaiperkeso