Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Sesi Lawatan Ziarah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Asri Ngosman

SESI LAWATAN ZIARAH ALLAHYARHAM TUAN HAJI MOHAMAD ASRI BIN NGOSMAN

15 April 2025
Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan yang diketuai oleh Tuan Presiden Encik Abdullah Kamal Ahmad, dengan penuh rasa dukacita telah mengadakan sesi lawatan ziarah ke rumah Allahyarham Tuan Haji Mohamad Asri Ngosman bagi menyampaikan ucapan takziah dan sokongan moral kepada keluarga Allahyarham.
Lawatan ini turut dihadiri oleh beberapa orang ahli persatuan dan bekas presiden Tuan Haji Mohd Shahar Ismail yang ingin bersama-sama menyampaikan salam takziah dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Suasana penuh sebak jelas terasa, namun disambut mesra oleh ahli keluarga Allahyarham yang amat menghargai kehadiran pihak persatuan.
Allahyarham Tuan Haji Mohamad Asri merupakan seorang anggota yang sangat aktif dan berdedikasi dalam setiap tanggungjawab yang digalas sepanjang perkhidmatan beliau bersama PERKESO. Sumbangan beliau dalam pelbagai bentuk amat dihargai dan akan terus dikenang oleh seluruh warga PERKESO dan PERSIS. Semangat beliau yang sentiasa positif serta kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab akan sentiasa menjadi inspirasi kepada kami semua.
Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar buat PERKESO dan PERSIS. Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan bakti arwah sepanjang perkhidmatan. Semoga keluarga Allahyarham terus diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi saat-saat sukar ini. Al-Fatihah buat arwah Tuan Haji Mohamad Asri Ngosman.