Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Majlis Persaraan Encik Wan Kefli bin Hamid

UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
Encik Wan Kefli bin Hamid
Majlis Persaraan Encik Wan Kefli bin Hamid
3 Julai 2026 (Jumaat) | Palm Hotel, Seremban
Tema: Red Carpet Gala

🖤✨ LEGASI BERSAMA, CHAPTER BARU ✨🖤

Persatuan Pegawai PERKESO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Wan Kefli bin Hamid, Pengarah PERKESO Negeri Sembilan, atas segala jasa, kepimpinan, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau bersama PERKESO.

Majlis “Legasi Bersama: Chapter Baru” yang telah berlangsung pada 3 Julai 2026 di Palm Hotel, Seremban, menjadi satu kenangan istimewa dalam meraikan perjalanan perkhidmatan dan sumbangan Encik Wan Kefli kepada organisasi.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mencurahkan pengalaman, kepakaran dan komitmen dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kepimpinan serta sumbangan beliau pastinya meninggalkan kesan yang bermakna kepada warga kerja dan organisasi.

Sesungguhnya, setiap perjalanan mempunyai penghujungnya, namun jasa, budi dan legasi yang ditinggalkan akan terus dikenang.

Persatuan Pegawai PERKESO mengucapkan selamat melangkah ke lembaran baharu kehidupan dan semoga Encik Wan Kefli sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta dipermudahkan dalam setiap urusan bersama keluarga dan insan tersayang.

Terima kasih Encik Wan Kefli.
Jasa dikenang, budi disanjung, legasi kekal sepanjang zaman. đź–¤

#LegasiBersama #ChapterBaru #TerimaKasihEncikWanKefli #PersatuanPegawaiPERKESO #PERKESO #JasaDikenang #LegasiBermakna

Â