Portal Rasmi

Persatuan Pegawai Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia

Majlis Persaraan Puan Rathymeanahah a/p Sakitazan 

UCAPAN PENGHARGAAN SEMPENA MAJLIS PERSARAAN
Puan Rathymeanahah a/p Sakitazan 

Majlis Majlis Persaraan “Bersara Dengan Senyuman, Dikenang Sepanjang Zaman” sempena Persaraan Puan Rathymeanahah a/p Sakitazan 

22 Mei 2026 (Jumaat)  |Batu Road Ballroom, Ideas Hotel Kuala Lumpur

Tema: Seri Bollywood Nusantara

 

Persatuan Pegawai PERKESO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Rathymeanahah a/p Sakitazan atas segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang lebih 33 tahun berkhidmat bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Memulakan perjalanan kerjaya pada 17 November 1993 sebagai Pegawai Eksekutif Gred 19 di Pejabat PERKESO Klang, beliau menamatkan perkhidmatan cemerlang sebagai Pengarah Negeri PERKESO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah memimpin dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen, serta menjadi sumber inspirasi kepada ramai warga PERKESO.

Segala pengalaman, kebijaksanaan dan kepimpinan yang telah dicurahkan akan terus terpahat sebagai legasi yang amat bermakna buat organisasi ini. Semoga setiap jasa yang telah disemai menjadi amal jariah dan dikenang sepanjang zaman.

Seluruh warga Persatuan Pegawai PERKESO turut mendoakan agar Puan Rathy sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa baharu sebagai pesara.

Terima kasih atas segala kenangan, bimbingan dan persahabatan yang telah dikongsikan sepanjang perkhidmatan. Jasa dan pengorbanan Puan akan sentiasa dikenang.

Selamat Bersara, Puan Rathymeanahah a/p Sakitazan.

Semoga berbahagia dan terus cemerlang dalam setiap langkah kehidupan.

#SelamatBersara #TerimaKasihPuanRathy #PersatuanPegawaiPERKESO #PERKESO #JasaDikenang #Pesara